Program Kempen Internet Selamat (KIS) dan Kolaborasi Bersama JKN dan Staff NADI
11 April 2026 | Aktiviti TerkiniTarikh : 11 April 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi – 2.00 Petang
Lokasi : NADI Seriab , Kangar
Kempen Internet Selamat (KIS), sebuah inisiatif nasional bertujuan memperkukuh kesedaran serta keupayaan rakyat Malaysia dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan digital yang semakin membimbangkan.
Kempen ini memfokuskan kepada isu-isu utama seperti buli siber, penipuan atas talian, perjudian digital serta kandungan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) yang dilihat semakin menular seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: